Tuesday, 8 September 2015

Pesan dari lidah kebenaran

~Pesan dari lidah kebenaran~

Apalah nasib wahainya diri
Kehulu kehilir mengejar duniawi
Mencari sesuatu yang tidak pasti
Asyik berangan dibuai mimpi

Sampai bilakah harus begitu
Kemurahan Tuhanmu sampai diragu
Berhempas pulas tak kira waktu
Mengumpul dunia rakus melulu
Sampai terlupa memuji Tuhanmu
Yang tetap memberi kasih padamu

Apa dicari dalam hidupmu
Harta dan pangkat asyik diburu
Berbanga dengan nasab keturunanmu
Bongkak dan sombong tak segan silu
Mengaku-ngaku segalanya aku

Apa tujuan engkau dijadi
Apa ikrar dan apa janji
Tiada mengenal diri sendiri
Tertipu oleh permainan duniawi
Terpesona dan megah memandang diri

Sampai waktu ditutup rezeki
Terpadam semua angan dan mimpi
Mengigil anggota terkaku sendi
Dikunjungi tetamu tiada dikenali
Berwajah bengis tiada terperi
Membawa belenggu dan rantai besi

Menangis merintih minta dikasihani
Minta tangguh barang sehari
Untuk bersujud menghamba diri
kepada Tuhan ingin berbakti

Sesalnya tiada terkata lagi
Saat nyawa direnggut Almauti
Rasa bergulung langit dan bumi
Azabnya tiada terperi lagi
Bersatu segala rasa dirasai
Sakit,sedih,takut dan ngeri
Sesal dan perit sakarat mati

Mana harta gedung berjuta
Mana teman gelak ketawa
Mana keluarga sanak saudara
Mana angkuh sombong segala
Mana gelaran darjat semua

Engkau pergi siapa yang hiba
Engkau sendiri siapa temannya
Melainkan amal ikhlasmu di dunia
Menjadi teman di alam sana

Andai tiada bekal dibawa
Terimalah saja azab sengsara
Di alam kubur mendapat siksa
Sesallah engkau selama-lamanya !

Wednesday, 10 June 2015

Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu

Apabila dimusyahadahkan akan kejadian diri sama ada diri yang zahir atau diri yang batin, maka tak sampai akal manusia untuk memikirkannya seperti Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu. Maka sukar hendak memberi gambaran atau takrif yang mensifatkan daripada jenis apa.

Al-Quran memberi pengajaran sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

    “Akan ditanya akan engkau hai Muhammad tentang ruh; Kata olehmu Ruh itu adalah daripada urusan Tuhanku.”
    (Al-Isra’ : 85)

Oleh kerana sukar hendak membuat takrif, maka digelar oleh orang-orang ‘Ariffin dengan nama Lathifatul Rabaaniyah.

Walau bagaimanapun, Imam al-Ghazali telah berjaya menghampirkan faham kepada makna dan rahsia ruh ini mengikut tingkat tertinggi kemampuan manusia dalam sebuah kitabnya yang bernama “Risalatul li-Duniyyah”. Ikutilah kajian dan huraian yang dibuat secara ilmiah pada tajuk ini iaitu “Keistimewaan Ruh Insani” atau ikuti keseluruhan perbincangan tentang Ilmu Laduni yang diperolehi melalui ruh ini.

Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu pada hakikatnya adalah satu makna bahkan bersalahan pada mafhum maknanya jua. Maka Rasulullah membuat bandingan akan Qalbu sebagai raja yang memerintah yang ditaati oleh anggota-anggota lahir seperti sabdanya :

    “Sesungguhnya dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging bila baik ia nescaya baiklah seluruh anggotanya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah itu adalah Qalbu.” (Bukhari & Muslim)

Qalbu dibaratkan pemerintah atau raja yang ditaati oleh segala rakyat. Jika pemerintah atau raja itu baik, maka baiklah sekalian rakyatnya. Yakni hati apabila disucikan atau dibersihkan daripada karat-karat dosa dan maksiat dengan diasuh dan dididik mengikut jalan tariqat Sufiah dengan sentiasa bermujahadah, maka akan timbul pada hati itu sinaran cahaya Nur yang dipertaruhkan oleh Allah kepadanya. Inilah maksud Imam al-Ghazali dengan katanya :

    “Adalah hati itu makbul disisi Allah Taala; Jika sejahtera ia daripada barang yang lain daripada Allah.”

Ini adalah diisyaratkan kepada hati yang bersih yang mempunyai pancaran Nur. Maka hasil atas segala anggota yang zahir daripada ibadat atau lain daripada segala sifat-sifat mahmudah. Sebaliknya jika hati itu dibiar yakni mengikut hawa nafsu dan sentiasa membuat derhaka dan maksiat, maka hati itu terhijab daripada Nur dan terdinding dengan sebab karat dosa. Inilah maksud kata Imam al-Ghazali dengan katanya

    “Dan adalah hati itu terdinding daripada Allah Taala jadilah ia karam dengan lain daripada Allah Taala, maka kejahatan dan celaka itu pun zahir atas segala anggota sebab mesra daripada karat hati yang Zulumah.”

Maka dengan sebab itulah bersungguh-sungguhlah wahai saudaraku, mengikuti jalan para ‘ArifbiLlah kerana :

~ Tiada mengetahui kebaikan hati dan kejahatannya selagi tidak merasai “Zauk” kemanisan ibadat yang warid (dikurniakan oleh Allah) daripada hasil zikir dan ;
~ Tiada boleh membeza antara yang hak dengan yang batil (makna sebenar hakikat makrifat disisi Ahli Muhaqqiqin) selagi belum dapat Ilham hasil daripada-Nya dan ;
~ Jauh sekali dari mengenal Tuhannya sebelum dapat Tajalli dan Kasyaf yang hasil daripada-Nya.

Dan tak dapat tidak, awal-awal mereka yang hendak mengenal Tuhannya dengan jalan ‘zauk’ dan Wujdan perlu mengenali dirinya dahulu, seperti bahawa :

    ~ apabila mengenal dirinya bersifat dengan lemah nescaya mengenal Tuhannya bersifat dengan Kuasa dan;
    ~ apabila mengenal dirinya bersifat dengan papa nescaya mengenal Tuhannya bersifat dengan Kaya dan;
    ~ apabila mengenal dirinya bersifat dengan sifat fana nescaya mengenal Tuhannya bersifat dengan Baqa dan;
    ~ apabila mengenal dirinya bersifat dengan baru nescaya mengenal Tuhannya bersifat dengan Qadim.

Sunday, 31 May 2015

Ilmu Ketuhanan Bukan Ilmu Akal Tapi Ilmu Rasa

Belajar ilmu hisab atau ilmu kedoktoran
Tidak terasa bertuhan, tidaklah hairan
Belajar ilmu yang disebut dan lain-lain ilmu tidak terasa bertuhan
Perkara biasa di setiap zaman
Bahkan adakalanya belajar ilmu secular
Langsung tidak percaya adanya
Tuhan yang Maha Esa

Tapi yang lebih aneh
Orang yang belajar ilmu ketuhanan
hingga jadi ulama, tidak rasa bertuhan
Bahkan pakar ilmu Tauhid atau ilmu ketuhanan pun tidak bertuhan

Kerana belajar ilmu aqidah dengan akal semata-mata
Sedangkan jiwanya tidak menghayati ilmu itu
Akalnya percaya adanya Tuhan
Jiwanya tidak terasa bertuhan

Disegi ilmu, pakar dengan Tuhan
Disegi jiwa, kosong dari Tuhan
Kerana itulah rasa takutnya dengan Tuhan tidak berlaku atau tiada

Syariat Tuhan tidak dijadikan pakaian
Apabila mendapat ujian
Dia tidak dapat kembalikan kepada Tuhan
atau tidak merujuk kepada Tuhan

Akibatnya jiwanya menderita
Menerima ujian itu dia tidak tahan
Akhlaknya kasar, tidak melambangkan orang bertuhan
kehidupannya tidak mempedulikan masyarakat
Sekalipun boleh memperkatakan AL-Quran
Atas alas an ilmu semata-mata

Padahal ilmu ketuhanan hendaklah dirasa oleh jiwa
Ilmu ketuhanan bukan ilmu akal tapi ilmu rasa
Orang yang percaya Tuhan, hidup macam tidak bertuhan
Orang ‘terasa’ bertuhan, orang yang takut dengan Tuhan
sekalipun ilmunya kurang

Mereka yang rasa bertuhan menghormati syariat Tuhan
Kerana rasa bertuhan itu
Lantaran itulah rasa bertuhan
Kenalah suburkan di dalam setiap jiwa manusia
Tidak cukup setakat akalnya percaya adanya Tuhan.

PANTUN MAKRIFAT WALI SONGO

PANTUN MAKRIFAT WALI SONGO

Sama-samalah kita berfikir akan maksud tersurat dan tersirat yg terkandung di sebalik pantun2 ini. Sesungguhnya, pantun ini mberikan kata pbayang dan kata penyudah yg amat bernilai jika kita benar2 memikirkannya !

Awal Bismillah mula disebut,
Rahman dan Rahim sifat mgikut,
Dunia akhirat nyatalah luput,
Jalan hakikat pula diturut.

Alhamdulillah pujinya insan,
Rabbil Alamin sifatnya Tuhan,
Selawat Nabi akhirnya zaman,
Muhammad Amin Abi Burrahman.

Jalan takzim pula dikata,
Atas Nabi junjungan kita,
Sahabat yg empat nyatalah serta,
Tiada berhenti sekejap masa.

Jalan hakikat sangat terbilang,
Tiada binasa urat dan tulang,
Daging dan darah tiada hilang,
Kerna sifat dibawa pulang.

Jika sifat sudah binasa,
Kpda Nabi tiada berjumpa,
Segala amalan tiada tiba,
Tiada dpt syurga yg baqa.

Jangan binasa sifatmu tuan,
Tiada berjumpa hamba & Tuhan,
Hakikat kita tinggal di jalan,
Segala amalan mjadi haiwan

Jika kita tidak mgkaji,
Kpda Nabi mendapat keji,
Malaikat tiada membawa wahi,
Allah tiada mungkirkan janji

Mengenal Tuhan tak boleh nyata,
Kerna tak boleh dipandang mata,
Hingga diri jua dicita,
Kenal oleh Mu sifatnya kita.

Tatkala Adam dgnnya Hawa,
Dendam berahi antara berdua,
Nafi dan isbat itulah dia,
Kpda kita mjadi rahsia

Cari guru mgenal diri,
Yg diamanat olehlah Nabi,
Jgn takut penat dan rugi,
Asalkan dapat ilmu sejati.

Guru Mursyid harus dicari,
Itulah ulama pewarisi Nabi,
Jika di situ dia mgajari,
Di situlah tuan menyerah diri.

Wahai sekelian saudaraku,
Mgenal waktu biarlah tentu,
Kalau tak kenal waktu itu,
Akhirnya kamu menyembah batu.

Waktu kita di alam roh,
Berkata Allah kpda nyawa,
Bukankah Aku Tuhanmu segala?
Betullah Engkau Tuhan katanya nyawa

Jadi olehmu mursyid utama,
Sebenar makrifah boleh dibawa,
Seperti badan dgnnya nyawa,
Dunia akhirat bersama-sama.

Hakikat makrifat menyucikan badan,
Air maal hayat yg menjalankan,
Zikrullah yg diasyikkan,
Kurangkan tidur ataupun makan.

Jalan hakikat bukan kepalang,
Jalan disuluh semuanya terang,
Zahir dan batin semuanya lapang,
Kerana Sir yg Empunya pandang.

Wahai saudaraku dengarlah tuan,
Sebenar hidup katakan Tuhan,
Kuntum yg Tujuh di situ tersimpan,
Itulah pakaian Wali Sembilan.

Kuatnya tubuh itulah nyawa,
Sekalian yg zahir takluk padanya,
Syurga yg Tujuh Dia yg punya,
Kpda kita mjadi rahsia

Jalan hakikat sgt terpilih,
Hendaklah tahu asalnya benih,
Nafi di dlm hati yg putih,
Makrifat kita barulah jernih.

Sifat Makni tidak bersekutu,
Sifat Allah namanya itu,
Tiada boleh bandingkan sesuatu,
Wujud Allah namanya itu

Tuntutlah ilmu walau di mana,
Amal dan ilmu tiada terhingga,
Amal tanpa ilmu diazab kita,
Di akhirat tiada berguna.

Kejadiannya kita dari air lazat,
Cahayanya seperti kilat,
Tatkala asyik tiada ingat,
Barulah ada Junub dan Janabat.

Di wadi mani manikam,
Asalnya ia daripada kalam,
Dgn kudrat Tuhan Khaliqul Alam,
Yg menjadikan tubuh anak Adam.

Kalau kita tidak mgkaji,
Kpda Tuhan mdapat keji,
Malaikat tiada mbawa wahi,
Allah tiada mgkirkan janji.

Jika TARIQAT hendak dibawa,
Carikan guru akan petua,
Supaya jangan bertuhankan nyawa,
HAKIKAT kita tiada derhaka

SYARAT rukunnya sudah ketahui,
SAH batalnya demikian lagi,
AMAL diterima Tuhan Ilahi,
SYARAT rukunnya sudah ketahui.

Siapa beramal dgn jahalnya,
Tiada tahu sah batalnya,
Amal tiada diterima Tuhannya,
Di dalam neraka kekallah ia

Wahai sekelian saudaraku,
Mgenal Ka'abah biarlah tentu,
Jika tak kenal Ka'abah itu,
Akhirnya kamu menyembah batu.

Wahai saudara tua dan muda,
Fikirkan olehmu senantiasa,
Jgn lah seperti Org yg buta,
Tinggal ilmu mcari harta.

Hidup tiada ingat akan mati,
Bersukaria sepanjang hari,
Hanya harta dapatkan diri,
Tiga lapis kain kafan saja Ia beri.

Jalan HAKIKAT bukan kepalang,
Jalan disuluh semuanya TERANG,
Jikalau hati syak dan waham,
CAHAYA yang terang menjadi kelam.

Wahai sekalian saudara-saudaraku,
Jalan HAKIKAT demikianlah itu,
Jikalau boleh pintalah selalu,
Jangan BINASA sifatmu itu.

Hati yg MUKMIN SUCI & IKHLAS,
Laksana AIR di dalam GELAS,
Cuci hatimu seperti kapas,
MAKRIFAH kita barulah JELAS.

SYARIAT itu martabatnya tinggi,
Yg dipakai oleh Sayyidina Ali,
Barangsiapa dpt asalnya jadi,
Yg bergantung tiada bertali.

Syariat TARIQAT terlalu mulia,
Itulah pakaian Wali Ambiyya,
Barangsiapa dapat asalnya,
Bolehlah mbawa badan dan nyawa.

Berhati hati tatkala berjalan,
Takut kaki terpijak duri,
Belajar baik baik jalan Ketuhanan,
JANGAN smpi BERTUHANKAN DIRI.

Baik baik menebang buluh,
Buluh ditebang di
kerat kerat,
Hati hati mengenal tubuh,
Didalam tubuh adanya sifat.

Thursday, 16 April 2015

KENAPA KITA BERZIKIR

KENAPA KITA BERZIKIR

Sahabat-sahabat ku yang dikasihi yang sentiasa aku ingati walau selalu dilupai dan ada jua yang membenci ku, sesungguhnya tiada apa yang ku simpan dihati walau sedikit pun dihati, walaupun hati ini luka terguris kerana sentiasa suka bersangka-sangka kepada ku.

Apalah gunanya jika kita mempelajari berbagai-bagai ilmu, berbagai2 zikir, sampai bermakrifat hingga kenal akan tuhan tetapi masih berburuk sangka.

Ketahuilah bahawa senya zikir-zikir yang kita pelajari ini hanya semata-mata untuk menuju pembersihan diri, pembersihan hati untuk membantu mendapatkan Tauhid dan iman yang benar didalam hati terhadap Allah swt.

Kerana jalan zikir ini membantu kita untuk mendapat KETETAPAN, KEBENARAN DAN KESUNGGUHAN terhadap ZAT yang menjadikan sekelian makhluk dan sekelian alam ciptaanNya.

Tiada kata lain selain

"LA ILAHA ILALLAH MUHAMMAD DARASULULLAH".

KENAPA KITA ZIKIR DAN APA SEBENARNYA KEDUDUKAN ZIKIR ITU.

Zikir La ilaha ilallah - ( Zikir Syariat ).

Zikir ini biasa dibawa dengan keras suaranya untuk MENETAPKAN hati.

Membawa tumpuan hati, memahat hati, merobohkan istana iblis yang bertahta dihati yang kotor.

Menafikan selain-Nya dan mengisbatkan akan Allah swt.

Ini dipanggil ketetapan.

Mahu menetapkan dihati kita hanya - Qulhu Allahu Ahad.

(Hanya Engkau ya Allah Tuhan yang Esa).

Zikir Allah. - ( Zikir Tarekat ).

Zikir ini sedikit keras, kerana hendak MENETAPKAN SETETAP - TETAPNYA dihati dengan jalan MEMBENARKAN NYA di hati ini.

Semoga dihati kita ini hanya memohon pada yang SATU. - Allahu somad.

( Hanya Engkaulah ya Allah tempat aku bergantung dan meminta pertolongan ).

Zikir Allah Hu. - ( Zikir Hakikat )

Zikir ini lembut, kerana zikir ini dibawa dengan rasa hati yang punya perasaan, rasa hati naluri, rasa hati yang menjiwai, rasa kehambaan yang BERSUNGGUH-SUNGGUH didepan ROBBNYA..

Lamyalid walamyulad.

( Kerana kasih kepada Allah yang satu, yang tiada dua, bukan beranak ataupun diperanakan ).

Zikir ALLAH HU-HU,HU - ( Zikir Makrifat )

Tiada huruf dan tiada bersuara.

Zikir ini cukup halus,kerana zikir ini dipanggil zikir penyerahan diri, berserah tunggak kepada Allah swt.

Pengakuan dari dalam lubuk hati yang tidak mampu berkata-kata yang hanya diketahui oleh yang Maha Tahu iaitu ALLAH AZZAWAJALLA..

Kenapa zikir makrifat ini dikatakan zikir rahsia ?

Kenapa zikir ini dipanggil zikir yang tiada huruf dan tiada bersuara ?

Sebabnya..

Walam yakul lahu kufuan ahad.

( Kerana Allah tiada boleh diumpamakan dengan sesuatu )

Laisa kamislihi syaiun.

Hakikat kepada ke empat-empat zikir-zikir ini sebenarnya adalah pecahan dari surah Al'Ikhlas.

Sebab itu surah Al'Ikhlas ini dipanggil surah tauhidkan Allah swt.

Dari itu dalamilah Al'Ikhlas kerana Al'Ikhlas ini jalan kesempurnaan iman dan Tauhid.

Zikir dan surah Al'Ikhlas ini jika dihalusi, difahami maka
ianya adalah jalan ;

SEMPURNA DAN MENYEMPURNAKAN

Monday, 6 April 2015

SHOLAWAT AL-FATIH

KEUTAMAAN SHOLAWAT AL-FATIH

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠﻰَ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪِ، ﺍﻟْﻔَﺎﺗِﺢِ ﻟِﻤَﺎ ﺃُﻏْﻠِﻖَ ﻭَﺍﻟْﺨَﺎﺗِﻢِ ﻟِﻤَﺎ ﺳَﺒَﻖَ، ﻧَﺎﺻِﺮِ ﺍﻟْﺤَﻖِّ ﺑِﺎﻟْﺤَﻖِّ، ﻭَﺍﻟْﻬَﺎﺩِﻱ ﺇِﻟَﻰ ﺻِﺮَﺍﻃِﻚَ
ﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴْﻢِ ﻭَﻋَﻠﻰَ ﺁﻟِﻪِ ﺣَﻖَّ ﻗَﺪْﺭِﻩِ ﻭَﻣِﻘْﺪَﺍﺭِﻩِ ﺍﻟﻌَﻈِﻴْﻢِ .

Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammaddinil Fatihi Lima Ughliqo Wal Khotimi Lima Sabaqo,
Nashiril Haqqi Bil Haqqi Wal Hadi Ila Shirotikal Mustaqim Wa Ala Alihi Haqqo Qodrihi Wa Miq Darihil
Adzim.

Artinya: “ Ya Allah berikanlah shalawat kepada penghulu kami Nabi Muhammad yang
membuka apa yang tertutup dan yang menutupi apa-apa yang terdahulu, penolong kebenaran
dengan kebenaran yang memberi petunjuk ke arah jalan yang lurus. Dan kepada keluarganya,
sebenar-benar pengagungan padanya dan kedudukan yang agung ”.
Sholawat al-Fatih memiliki 8 martabat keutamaan, dibawah ini hanya keutamaan pada
martabat yang pertama saja, sedangkan yang lainnya dirahasiakan oleh Allah SWT,
diantaranya adalah :

1. Membaca sholawat al-Fatih 1x setiap hari di jamin hidup bahagia dunia dan akhirat.

2. Membaca sholawat al-Fatih 1x menghapus semua dosa (Besar Dan Kecil ).

3. Membaca sholawat al-Fatih 1x menyamai pahala ibadah semua mahluk di alam
semesta ini 6000x lipat.

4. Membaca sholawat al-Fatih 1x menyamai pahala sholawat yang dibaca oleh seluruh
mahluk dari awal di ciptakan sampai sekarang 600x lipat.

5. Membaca sholawat al-Fatih 1x setiap hari, di jamin mati membawa iman ( husnul
khotimah ).

6. Membaca sholawat al-Fatih 10x di malam jum’at lebih besar pahalanya dari pada
ibadah seorang wali yang tidak membaca sholawat al-Fatih selama 1 juta tahun.

7. Pahala sholawat al-Fatih dapat menutupi dan mengganti kesalahan yang pernah ia
lakukan terhadap orang lain, sehingga ia dapat mengganti tuntutannya di hari kiamat.
ini caranya :

FIDYAH DENGAN SHOLAWAT al-FATIH

Sayyid Muhammad Ibnul `Arooby ad-Dimroowy ra berkata : ”Sebagian dari yang telah
diajarkan oleh Syekh kami Syekh Ahmad bin Muhammad at-Tijany ra tatkala aku bertanya
kepada beliau tentang masalah gibah dan masalah lain yang serupa dengan itu seperti
mengambil hal milik orang. Maka beliaupun menjelaskan : Bacalah sholawat al-Fatih, lalu
ucapkanlah pernyataan ini : ( Ya Allah sholawat ini aku hadiahkan kepada setiap orang yang
bagiku dan bagi kedua orang tuaku ada semacam tanggungan, kezholiman, hak yang aku
langgar serta hutang piutang yang belum sempat aku tunaikan sejak aku lahir hingga aku mati,
yang akan ia tuntut aku pada hari kiamat dihadapan-Mu. Ya Allah, terimalah bacaan
sholawatku ini, dan sampaikanlah pahalanya kepada mereka, agar mereka mendapatkan
pahalanya sesuai dengan bagian mereka masing-masing)” ( Ghoyatul `Amaany. Syekh
Muhammad as-Sayyid at-Tijany hal 8 )

8. Membaca sholawat al-Fatih 100x di malam jum’at menghapus dosa 400 tahun.

9. Membaca Shalawat Al Fatih 1x sama dengan mengkhatamkan Al Quran 6000 x lipat.

10. Membaca Shalawat Al Fatih 1x sama dengan membaca Dalail Al Khairat 6000x lipat.

11. Syekh Ahmad at-Tijany R.a berkata :”Keistimewaan sholawat al-Fatih sangat sulit di
terima oleh akal, karena ia merupakan rahasia Allah SWT yang tersembunyi.
Seandainya ada 100,000 bangsa, yang setiap bangsa itu terdiri dari 100,000 kaum,
dan setiap kaum terdiri dari 100,000 orang, dan setiap orang diberi umur panjang oleh
Allah SWT sampai 100,000 tahun, dan setiap orang bersholawat kepada nabi setiap
hari 100,000 x, semua pahala itu belum dapat menandingi pahala membaca sholawat
al-Fatih 1x.

( al-Fathur Robbany karya Sayyid Muhammad bin Abdillah as-Syafi`ie
at-Thoshfaawy at-Tijany hal 99-100 ).
Foto: KEUTAMAAN SHOLAWAT AL-FATIH ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠﻰَ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪِ، ﺍﻟْﻔَﺎﺗِﺢِ ﻟِﻤَﺎ ﺃُﻏْﻠِﻖَ ﻭَ�

Thursday, 2 April 2015

5 Rahsia Besar Qiamullail Dan Solat Sunat Di Waktu Malam

5 Rahsia Besar Qiamullail Dan Solat Sunat Di Waktu Malam

Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 pagi sehingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW.

Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW :

“Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.”
( At-Tirmizi )

Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam.

Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai.

Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka.

Nabi SAW bersabda :

“Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.” 
(HR; Muslim)

Hebatnya Malam

Malam adalah waktu paling istimewa dan hebat.

Allah SWT menyifatkannya sebagai malam yang berkat.

Firman Allah SWT : 

“Dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir) ialah malam ; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;” (Yaa Siin 36:37)

Firman Allah SWT :

“Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” 
( Surah al-Isra’: 79 )

Banyak perkara-perkara kerohanian berlaku pada waktu malam, contohnya Nabi Muhammad SAW mengalami Israk dan Mikraj pada waktu malam, al-Quran turun pada malam Lailatul Qadar,  Allah SWT berdialog dengan Nabi Musa a.s. setelah baginda bermunajat selama 40 malam di Bukit Tursina juga berlaku pada waktu malam.

Kitab-kitab terdahulu juga diturunkan pada waktu malam, Nabi Ibrahim menemui hakikat ketuhanan pada waktu malam dan baginda mendapat perintah Allah mengorbankan anaknya Ismail pun berlaku pada waktu malam.

Terdapat keistimewaan dan kekuatan luar biasa pada waktu malam.

( 5 Rahsia Qiamullail )

1. Menghidupkan dan membuka mata hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan yang sebenar.

2. Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan.

3. Dapat muhasabah kekuatan diri.

4. Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.

5. Menghindari sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT sahaja.

Nas Keutamaan Mengamalkan Qiamullail

Orang-orang yang melalui malam hari dengan bersahur dan berdiri untuk Tuhan mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang berqiamullail di malam hari semata-mata kerana Allah Ta’ala.

Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu ialah orang-orang yang beriman.

Firman Allah Taala :

إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ , تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ ,   (السجدة : 15-16)

“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud
( menandakan taat patuh ), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, ( sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh ); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut ( akan kemurkaanNya ) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi ( keredaanNya ); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.”

Apabila manusia mendekatkan diri kepada Allah maka Allah SWT mengatur dan menjamin kehidupannya. Rasulullah SAW menerangkan bahawa,

Allah SWT berfirman :

“Manusia menjadi hampir dengan Daku apabila dia melakukan perbuatan yang Daku sukai iaitu amalan fardhu yang diperintahkan kepadanya."

Dia kemudian terus berusaha mendekatkan dirinya dengan-Ku dengan melakukan amalan sunat, sehingga Daku mencintainya.

Apabila Daku mencintainya, maka Daku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar.

Daku juga menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memegang dan kaki yang dia gunakan untuk berjalan.

Apabila dia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Daku kabulkan.

Apabila dia memohon perlindungan, pasti Daku memberikan perlindungan kepadanya”. 
(HR; Bukhari )

Berkata Salman Al-Farisi,

Rasulullah SAW. telah bersabda :

“Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana ia ibadah kelaziman orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan”.

Berkata Abdullah bin Muslim,

Rasulullah SAW bersabda :

“Wahai manusia !!

Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makanan, hubungilah silaturrahim, dan kerjakanlah solat waktu malam dikala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat”.
( Hadis Riwayat Tirmizi )

Dan berkata Suhal b. Saad :

Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata:

“Hai Muhammad !!"

Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan meninggalkannya.

Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah Qiamullail dan harga dirinya ialah terkayanya ( tidak meminta-minta ) dari manusia.”

WAKTU AFDAL QIAMULAIL

Adalah lebih afdal dilewatkan Qiamullail sehingga kepada salah satu pertiga yang akhir dari malam.

Rasulullah SAW bersabda :

“Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir".

Maka Allah berfirman:

“Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya.”
( H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya )

Maksud hadis ini :

Bahawasanya pintu rahmat Allah itu terbuka pada malam hari seluas-luasnya, khususnya pada akhir-akhir malam.

Segala permohonan diterima pada ketika itu.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA katanya, Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan solat malam dan baginda menggalakkannya sehingga ia bersabda:

“Hendaklah kamu mengerjakan solat malam itu walaupun satu rakaat”. ( Al-Tibrani )