Thursday, 25 February 2016

Sifat Ananiyah (keakuan diri)

Di dalam tausiyah guruku, beliau telah menekankan betapa pentingnya para ulama mendalami proses penyucian batin dan mencari perjalanan hakikat. Tiadalah salah untuk membicarakan soal tareqah, kerana semua tareqah adalah baik dan benar. Tetapi yang paling benar di dalam tareqah adalah bergantung kepada Mursyidnya.Tasauf bukannya pada zikir tetapi pada Mursyid. Walaupun sanadnya benar, tetapi andainya tiada Mursyid yang benar, maka tiada mereka akan sampai kepada hakikatnya, seumpama seorang pemandu kereta yang tiada pengetahuan tentang selok-belok kenderaan yang dipandunya, pasti tiada menyampai mereka kepada destinasi perjalanan, termasuklah mereka yang menumpang kenderaan tersebut.

Berkata beliau lagi, sekarang beliau tiada lagi suka untuk berbicara soal bunga dan kulit semata-semata. Semuanya itu hanya mainan hujah sesama manusia tetapi batin belum lagi terlepas daripada syirik “keakuan diri”. Mereka itu tiada bertuhan kepada berhala tetapi bertuhan kepada diri sendiri. Inilah masalah yang dihadapi oleh para alim ulama dan menurut guruku, kadang-kadang menjadi orang awam itu lebih selamat daripada menjadi orang alim tetapi menyesatkan. Mereka itu tiada faham akan hakikat. Sifat sebenar seperti apa yang yang ditekan di dalam kitab ialah kejujuran kita dengan ALlah SWT. Ramai yang tertipu, orang kaya, orang alim, ahli 'abid, semuanya tertipu.

Oleh itu, kita perlukan mursyid, tanpa mursyid tiada dapat mereka mengendalikan perasaan tersebut kerana para mursyid yang benar telah melalui proses zauqiyah dan fana fi af'al, asma dan dzat sehingga mereka sampai kepada peringkat yang benar. Walau apa ujian yang menimpa, mereka tetap tenang kerana mereka sentiasa berada di dalam dzat Ahadiah tetapi sebaliknya bagi mereka yang tidak benar, mereka akan merasa pedih dan sakit seandainya dikeji kerana belum lagi mereka itu terlepas dari nafsu ammarah. Mereka yang bebas, hatinya sentiasa rasa khauf dengan ALlah SWT, diri mereka merasa tidak selamat seumpama para Sahabah r.a. ajma'in yang tiada merasa selamat walaupun mereka sentiasa mendampingi RasuluLlah SAW. Ini adalah kerana jiwa mereka yang bersih menyebabkan mereka tiada lagi tertipu dengan diri mereka sendiri. Latihan ini perlukan kepada bimbingan, kalau tiada merasa hak Allah, maka akan mereka merasai bahawa itu adalah hak diri mereka, merasa akan hak diri inilah yang dikatakan sebagai “ananiyah”. Perlu keluarkan diri daripada kegelapan ini kerana disebalik sifat keakuan diri itu adalah syaithan. Sifat mazmumah itu timbul kerana pokoknya ‘ananiyah’ masih belum dibuang tunjangnya. Untuk membuangnya, perlulah belajar matikan diri sebelum mati dengan cara bermursyid. Tiadalah dosa yang paling besar melainkan dosa melihat kepada hak diri sehingga terhijabnya hak ALlah SWT, jadi ungakapan "wujudmu itu adalah dosa" adalah benar kerana tiada mereka melihat akan hak ALlah SWT.

Dicatat Oleh:Hj Ahmad Shaiful (Syarahan Walid di Cirebon, Jakarta)

Monday, 22 February 2016

Jagalah Hati.

Renunglah selalu hati kita 
Kerana ia merupakan sumber kebaikan dan kejahatan 
Wadah kekufuran dan keimanan 
Rebutan di antara malaikat dan syaitan

Hati perasaannya halus 
Sentuhannya tiada terasa 
Tapi sangat memberi kesan di dalam kehidupan kita 
Siapa yang arif perjalanan hatinya

Faham kebaikan dan kejahatannya 
Bersungguh-sungguh bermujahadah membuang kejahatannya 
Diganti segera dengan kebaikan 
Orang itu akan selamat dari tipu daya syaitan dan dunia

Ramai orang tidak faham perjalanan hatinya sekalipun ulama 
Terima sahaja yang baik dan yang buruknya 
Kemudian merasakan baik semuanya 
Tiada terasa lagi membuat dosa

Di sinilah perlu pimpinan guru yang mengenal hati manusia
Ia dikatakan mursyid

Tanpa pembimbing maka mudah tersesatlah kita

Kerana cahaya makrifatuLlah ada pada kekasih Allah

Carilah dia, gengamlah dia
Hormatilah dia, beradablah dengannya
Ilmu dari dadanya menusuk ke dada kita
Bukan hanya ilmu di akal kerana akal jua lemah

Hati adalah Raja kepada seluruh anggota atau kerajaan


Ya Rabbi, 
Ampunkanlah diriku yang sentiasa lalai dengan-Mu
Bersihkan diriku yang penuh kekotoran ini
Sucikanlah diriku yang penuh sifat zulumat ini
Hidupkan cinta dalam hatiku pada mereka yang mencintai-Mu.

Amin....

Sunday, 27 December 2015

Kalimah Nafi & Isbat

SEPUTAR KEFAHAMAN TENTANG NAFI DAN ISBAT YANG DIBENTANGKAN OLEH AYAHANDA WALID AL MALIK

Kalimah syahadah La ilaha iLLah mengandungi dua komponen; nafi dan isbat. Nafi ialah kalimah la ilaha yang bermaksud tiada tuhan dan isbat ialahillaLLah yang bererti melainkan Allah.
 
Sementara Allah adalah nama bagi dzat, sifat , asma' dan af'al.

Justeru kalimah nafi isbat terkandung di dalamnya penafian akan dzat, sifat, asma' dan af'al dan mengisbatkannya hanya pada Allah.

Nafi dan isbat pada dzat ialah kita menafikan wujud yang sebenarnya melainkan Allah. Wujud selain dari Nya hanya lah wujud yang diciptakan yang berada dalam genggaman kekuasaan Nya.

Juga kita menafikan adanya wujud yang qadim, baqi, mukhalif lil khalqi, qaim bi nafsih melainkan wujud Nya yang wahdaniy (tunggal).

Manakala nafi dan isbat pada sifat pula ialah dengan kita menafikan adanya sifat lain melainkan Allah. Sifat-sifat yang lain itu tiada bercerai (kam munfasil) dan tiada bersatu (kam muttasil) dengan ketunggalan sifat Allah. 

Tiada yang bersifat dengan qudrat, iradat, ilmu, hayat, sama', basar dan kalam melainkan Allah. Apabila kita melihat kita nafikan penglihatan itu milik kita dan kita isbatkan hanya milik Nya.

Sementara penglihatan kita tiada berpisah dan tiada bersatu dengan sifat basar Allah. Jika kita perhatikan penglihatan mata kita, kita akan memahami akan hakikat ini, bagaimana kita dapat melihat? Kita akan jawab mata..mata dijadikan oleh Allah..mata semata-mata tiada akan dapat melihat melainkan adanya cahaya adanya imej adanya retina dan sebagainya. Siapakah yang menciptakan semua ini jika tidak Allah.

Pada masa yang sama penglihatan tersebut tiada berpisah dan tiada bersatu dengan sifat basar Allah. Hanya Allah yang bersendirian bersifat dengan sifat basar dan juga sifat-sifat lain. 

Roh ketika belum bercantum dengan jasad amat arif akan hakikat ini, namun apabila diuji dengan diberikan jasad dia terhijab dengan jasad tanah tersebut. Sehingga apabila dia mendengar dia sandarkan pendengaran itu pada telinganya di sinilah berlakunya syirik jali apabila pada iktikadnya dia meyakini bahawa telinga yang menyebabkan dia mendengar bukan Allah. Na'uzu biLLah min dzalik.

Maka nafi dan isbat di sini ialah dengan dia menafikan "bukan telinganya yang mendengar melainkan Allah yang memperdengarkan”.

Seterusnya nafi dan isbat pada asma' @ nama contohnya tiada yang memberi rezeki melainkan Allah Ar Razzaq, tiada yang menghidupkan melainkan Allah al Muhyi dan sebagainya..apabila dia melihat segala yang bernama maka dia menafikan yang bernama itu dan mengisbatkan nama tersebut hanya pada Allah.
Nafi dan isbat pada af'al ialah kita menafikan segala yang bergerak melainkan kita isbatkan Allah yang menggerakkannya. Tiada bergerak sesuatu zarah melainkan Allah yang menggerakkannya. 

Tiada tergugur sehelai daun melainkan dengan izin Allah. Maknanya segala apa yang berlaku adalah qada' dan qadar Nya.

Inilah nafi dan isbat pada af'al yakni setiap perbuatan berlaku tiada berpisah dan bersatu dengan kelakuan Allah.
Segala perbahasan tentang nafi dan isbat adalah merupakan tauhid iktikadiyah yang sewajibnya seorang muslim meyakininya. 

Ia bagi memastikan bahawa kepercayaan kita terhadap Allah adalah sama seperti yang diyakini oleh RasuluLLah saw dan para sahabat. 

Jika tidak kepercayaan kita terhadap Allah mungkin seperti kaum Yahudi dan nasar ni yang sesat dan dimurkai oleh Allah.

Maka yang menjadi pembeza antara aqidah yang benar dan aqidah yang menyeleweng ialah sifat salbiah atau lebih tepat lagi sifat "laisa kamis lihi syaiun.."

Namun kepercayaan ini belum sempurna kerana ia hanyalah semata - mata pengetahuan yang boleh berbolak balik apabila didatangi was - was di dalam hati.

Kepercayaan ini wajib ditingkatkan kepada martabat ihsan yang menjadi kesempurnaan agama yang merupakan perjalanan kalimah Muhammad Rasulullah saw.

Menurutnya lagi, perjalanan Muhammad Rasulullah itu ialah adab, akhlak dan syariat yang merupakan buah makrifat atau la ilah illaLLah.

Rasulullah saw mengambil masa 13 tahun untuk menanamkan keimanan sehingga mencapai ihsan semasa fasa dakwah baginda di Mekah.

Justeru proses tazkiyah yang dijalankan oleh baginda di kalangan para sahabat bukan membersihkannya hati dari sifat mazmumah tetapi proses menajamkan mata hati sehingga keimanan mereka pada rukun iman yang enam itu mencapai martabat ihsan.

Ihsan ialah martabat di mana seorang muslim meyakini rukun iman sehingga dia menyaksikan dengan mata hati akan kebenaran rukun - rukun iman tersebut sehingga tiada sedikit pun keraguan padanya.

Dari sinilah terbit sifat - sifat mahmudah seperti takut dan harap yang membuahkan adab yang halus dan akhlak yang indah dengan Allah dan sesama mahkluk.

Apabila ketuhidan seseorang itu benar - benar mencapai darjat ihsan baharulah jiwanya benar- benar suci. Jiwa suci itu ialah jiwa yang bertali dengan Allah yang mana jika lahir sifat mazmumah sekalipun ia adalah mahmudah kerana ia bertali dengan Allah cuma namanya berbeza.

Menyucikan jiwa bukan bermakna kita membuang sifat mazmumah dalam batin kerana ia sememangnya wujud seiring dengan perkembangan wujud kita.

Ia bermaksud kita membetulkan tauhid kita sehingga mencapai syuhudiyah. Natijahnya segala sifat yang ada pada kita akan bertali dengan Allah yang membuahkan akhlak mulia.


Credit Untuk Ustaz Abi Dasuki

Tuesday, 8 September 2015

Pesan dari lidah kebenaran

~Pesan dari lidah kebenaran~

Apalah nasib wahainya diri
Kehulu kehilir mengejar duniawi
Mencari sesuatu yang tidak pasti
Asyik berangan dibuai mimpi

Sampai bilakah harus begitu
Kemurahan Tuhanmu sampai diragu
Berhempas pulas tak kira waktu
Mengumpul dunia rakus melulu
Sampai terlupa memuji Tuhanmu
Yang tetap memberi kasih padamu

Apa dicari dalam hidupmu
Harta dan pangkat asyik diburu
Berbanga dengan nasab keturunanmu
Bongkak dan sombong tak segan silu
Mengaku-ngaku segalanya aku

Apa tujuan engkau dijadi
Apa ikrar dan apa janji
Tiada mengenal diri sendiri
Tertipu oleh permainan duniawi
Terpesona dan megah memandang diri

Sampai waktu ditutup rezeki
Terpadam semua angan dan mimpi
Mengigil anggota terkaku sendi
Dikunjungi tetamu tiada dikenali
Berwajah bengis tiada terperi
Membawa belenggu dan rantai besi

Menangis merintih minta dikasihani
Minta tangguh barang sehari
Untuk bersujud menghamba diri
kepada Tuhan ingin berbakti

Sesalnya tiada terkata lagi
Saat nyawa direnggut Almauti
Rasa bergulung langit dan bumi
Azabnya tiada terperi lagi
Bersatu segala rasa dirasai
Sakit,sedih,takut dan ngeri
Sesal dan perit sakarat mati

Mana harta gedung berjuta
Mana teman gelak ketawa
Mana keluarga sanak saudara
Mana angkuh sombong segala
Mana gelaran darjat semua

Engkau pergi siapa yang hiba
Engkau sendiri siapa temannya
Melainkan amal ikhlasmu di dunia
Menjadi teman di alam sana

Andai tiada bekal dibawa
Terimalah saja azab sengsara
Di alam kubur mendapat siksa
Sesallah engkau selama-lamanya !

Wednesday, 10 June 2015

Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu

Apabila dimusyahadahkan akan kejadian diri sama ada diri yang zahir atau diri yang batin, maka tak sampai akal manusia untuk memikirkannya seperti Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu. Maka sukar hendak memberi gambaran atau takrif yang mensifatkan daripada jenis apa.

Al-Quran memberi pengajaran sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

    “Akan ditanya akan engkau hai Muhammad tentang ruh; Kata olehmu Ruh itu adalah daripada urusan Tuhanku.”
    (Al-Isra’ : 85)

Oleh kerana sukar hendak membuat takrif, maka digelar oleh orang-orang ‘Ariffin dengan nama Lathifatul Rabaaniyah.

Walau bagaimanapun, Imam al-Ghazali telah berjaya menghampirkan faham kepada makna dan rahsia ruh ini mengikut tingkat tertinggi kemampuan manusia dalam sebuah kitabnya yang bernama “Risalatul li-Duniyyah”. Ikutilah kajian dan huraian yang dibuat secara ilmiah pada tajuk ini iaitu “Keistimewaan Ruh Insani” atau ikuti keseluruhan perbincangan tentang Ilmu Laduni yang diperolehi melalui ruh ini.

Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu pada hakikatnya adalah satu makna bahkan bersalahan pada mafhum maknanya jua. Maka Rasulullah membuat bandingan akan Qalbu sebagai raja yang memerintah yang ditaati oleh anggota-anggota lahir seperti sabdanya :

    “Sesungguhnya dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging bila baik ia nescaya baiklah seluruh anggotanya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah itu adalah Qalbu.” (Bukhari & Muslim)

Qalbu dibaratkan pemerintah atau raja yang ditaati oleh segala rakyat. Jika pemerintah atau raja itu baik, maka baiklah sekalian rakyatnya. Yakni hati apabila disucikan atau dibersihkan daripada karat-karat dosa dan maksiat dengan diasuh dan dididik mengikut jalan tariqat Sufiah dengan sentiasa bermujahadah, maka akan timbul pada hati itu sinaran cahaya Nur yang dipertaruhkan oleh Allah kepadanya. Inilah maksud Imam al-Ghazali dengan katanya :

    “Adalah hati itu makbul disisi Allah Taala; Jika sejahtera ia daripada barang yang lain daripada Allah.”

Ini adalah diisyaratkan kepada hati yang bersih yang mempunyai pancaran Nur. Maka hasil atas segala anggota yang zahir daripada ibadat atau lain daripada segala sifat-sifat mahmudah. Sebaliknya jika hati itu dibiar yakni mengikut hawa nafsu dan sentiasa membuat derhaka dan maksiat, maka hati itu terhijab daripada Nur dan terdinding dengan sebab karat dosa. Inilah maksud kata Imam al-Ghazali dengan katanya

    “Dan adalah hati itu terdinding daripada Allah Taala jadilah ia karam dengan lain daripada Allah Taala, maka kejahatan dan celaka itu pun zahir atas segala anggota sebab mesra daripada karat hati yang Zulumah.”

Maka dengan sebab itulah bersungguh-sungguhlah wahai saudaraku, mengikuti jalan para ‘ArifbiLlah kerana :

~ Tiada mengetahui kebaikan hati dan kejahatannya selagi tidak merasai “Zauk” kemanisan ibadat yang warid (dikurniakan oleh Allah) daripada hasil zikir dan ;
~ Tiada boleh membeza antara yang hak dengan yang batil (makna sebenar hakikat makrifat disisi Ahli Muhaqqiqin) selagi belum dapat Ilham hasil daripada-Nya dan ;
~ Jauh sekali dari mengenal Tuhannya sebelum dapat Tajalli dan Kasyaf yang hasil daripada-Nya.

Dan tak dapat tidak, awal-awal mereka yang hendak mengenal Tuhannya dengan jalan ‘zauk’ dan Wujdan perlu mengenali dirinya dahulu, seperti bahawa :

    ~ apabila mengenal dirinya bersifat dengan lemah nescaya mengenal Tuhannya bersifat dengan Kuasa dan;
    ~ apabila mengenal dirinya bersifat dengan papa nescaya mengenal Tuhannya bersifat dengan Kaya dan;
    ~ apabila mengenal dirinya bersifat dengan sifat fana nescaya mengenal Tuhannya bersifat dengan Baqa dan;
    ~ apabila mengenal dirinya bersifat dengan baru nescaya mengenal Tuhannya bersifat dengan Qadim.

Sunday, 31 May 2015

Ilmu Ketuhanan Bukan Ilmu Akal Tapi Ilmu Rasa

Belajar ilmu hisab atau ilmu kedoktoran
Tidak terasa bertuhan, tidaklah hairan
Belajar ilmu yang disebut dan lain-lain ilmu tidak terasa bertuhan
Perkara biasa di setiap zaman
Bahkan adakalanya belajar ilmu secular
Langsung tidak percaya adanya
Tuhan yang Maha Esa

Tapi yang lebih aneh
Orang yang belajar ilmu ketuhanan
hingga jadi ulama, tidak rasa bertuhan
Bahkan pakar ilmu Tauhid atau ilmu ketuhanan pun tidak bertuhan

Kerana belajar ilmu aqidah dengan akal semata-mata
Sedangkan jiwanya tidak menghayati ilmu itu
Akalnya percaya adanya Tuhan
Jiwanya tidak terasa bertuhan

Disegi ilmu, pakar dengan Tuhan
Disegi jiwa, kosong dari Tuhan
Kerana itulah rasa takutnya dengan Tuhan tidak berlaku atau tiada

Syariat Tuhan tidak dijadikan pakaian
Apabila mendapat ujian
Dia tidak dapat kembalikan kepada Tuhan
atau tidak merujuk kepada Tuhan

Akibatnya jiwanya menderita
Menerima ujian itu dia tidak tahan
Akhlaknya kasar, tidak melambangkan orang bertuhan
kehidupannya tidak mempedulikan masyarakat
Sekalipun boleh memperkatakan AL-Quran
Atas alas an ilmu semata-mata

Padahal ilmu ketuhanan hendaklah dirasa oleh jiwa
Ilmu ketuhanan bukan ilmu akal tapi ilmu rasa
Orang yang percaya Tuhan, hidup macam tidak bertuhan
Orang ‘terasa’ bertuhan, orang yang takut dengan Tuhan
sekalipun ilmunya kurang

Mereka yang rasa bertuhan menghormati syariat Tuhan
Kerana rasa bertuhan itu
Lantaran itulah rasa bertuhan
Kenalah suburkan di dalam setiap jiwa manusia
Tidak cukup setakat akalnya percaya adanya Tuhan.

PANTUN MAKRIFAT WALI SONGO

PANTUN MAKRIFAT WALI SONGO

Sama-samalah kita berfikir akan maksud tersurat dan tersirat yg terkandung di sebalik pantun2 ini. Sesungguhnya, pantun ini mberikan kata pbayang dan kata penyudah yg amat bernilai jika kita benar2 memikirkannya !

Awal Bismillah mula disebut,
Rahman dan Rahim sifat mgikut,
Dunia akhirat nyatalah luput,
Jalan hakikat pula diturut.

Alhamdulillah pujinya insan,
Rabbil Alamin sifatnya Tuhan,
Selawat Nabi akhirnya zaman,
Muhammad Amin Abi Burrahman.

Jalan takzim pula dikata,
Atas Nabi junjungan kita,
Sahabat yg empat nyatalah serta,
Tiada berhenti sekejap masa.

Jalan hakikat sangat terbilang,
Tiada binasa urat dan tulang,
Daging dan darah tiada hilang,
Kerna sifat dibawa pulang.

Jika sifat sudah binasa,
Kpda Nabi tiada berjumpa,
Segala amalan tiada tiba,
Tiada dpt syurga yg baqa.

Jangan binasa sifatmu tuan,
Tiada berjumpa hamba & Tuhan,
Hakikat kita tinggal di jalan,
Segala amalan mjadi haiwan

Jika kita tidak mgkaji,
Kpda Nabi mendapat keji,
Malaikat tiada membawa wahi,
Allah tiada mungkirkan janji

Mengenal Tuhan tak boleh nyata,
Kerna tak boleh dipandang mata,
Hingga diri jua dicita,
Kenal oleh Mu sifatnya kita.

Tatkala Adam dgnnya Hawa,
Dendam berahi antara berdua,
Nafi dan isbat itulah dia,
Kpda kita mjadi rahsia

Cari guru mgenal diri,
Yg diamanat olehlah Nabi,
Jgn takut penat dan rugi,
Asalkan dapat ilmu sejati.

Guru Mursyid harus dicari,
Itulah ulama pewarisi Nabi,
Jika di situ dia mgajari,
Di situlah tuan menyerah diri.

Wahai sekelian saudaraku,
Mgenal waktu biarlah tentu,
Kalau tak kenal waktu itu,
Akhirnya kamu menyembah batu.

Waktu kita di alam roh,
Berkata Allah kpda nyawa,
Bukankah Aku Tuhanmu segala?
Betullah Engkau Tuhan katanya nyawa

Jadi olehmu mursyid utama,
Sebenar makrifah boleh dibawa,
Seperti badan dgnnya nyawa,
Dunia akhirat bersama-sama.

Hakikat makrifat menyucikan badan,
Air maal hayat yg menjalankan,
Zikrullah yg diasyikkan,
Kurangkan tidur ataupun makan.

Jalan hakikat bukan kepalang,
Jalan disuluh semuanya terang,
Zahir dan batin semuanya lapang,
Kerana Sir yg Empunya pandang.

Wahai saudaraku dengarlah tuan,
Sebenar hidup katakan Tuhan,
Kuntum yg Tujuh di situ tersimpan,
Itulah pakaian Wali Sembilan.

Kuatnya tubuh itulah nyawa,
Sekalian yg zahir takluk padanya,
Syurga yg Tujuh Dia yg punya,
Kpda kita mjadi rahsia

Jalan hakikat sgt terpilih,
Hendaklah tahu asalnya benih,
Nafi di dlm hati yg putih,
Makrifat kita barulah jernih.

Sifat Makni tidak bersekutu,
Sifat Allah namanya itu,
Tiada boleh bandingkan sesuatu,
Wujud Allah namanya itu

Tuntutlah ilmu walau di mana,
Amal dan ilmu tiada terhingga,
Amal tanpa ilmu diazab kita,
Di akhirat tiada berguna.

Kejadiannya kita dari air lazat,
Cahayanya seperti kilat,
Tatkala asyik tiada ingat,
Barulah ada Junub dan Janabat.

Di wadi mani manikam,
Asalnya ia daripada kalam,
Dgn kudrat Tuhan Khaliqul Alam,
Yg menjadikan tubuh anak Adam.

Kalau kita tidak mgkaji,
Kpda Tuhan mdapat keji,
Malaikat tiada mbawa wahi,
Allah tiada mgkirkan janji.

Jika TARIQAT hendak dibawa,
Carikan guru akan petua,
Supaya jangan bertuhankan nyawa,
HAKIKAT kita tiada derhaka

SYARAT rukunnya sudah ketahui,
SAH batalnya demikian lagi,
AMAL diterima Tuhan Ilahi,
SYARAT rukunnya sudah ketahui.

Siapa beramal dgn jahalnya,
Tiada tahu sah batalnya,
Amal tiada diterima Tuhannya,
Di dalam neraka kekallah ia

Wahai sekelian saudaraku,
Mgenal Ka'abah biarlah tentu,
Jika tak kenal Ka'abah itu,
Akhirnya kamu menyembah batu.

Wahai saudara tua dan muda,
Fikirkan olehmu senantiasa,
Jgn lah seperti Org yg buta,
Tinggal ilmu mcari harta.

Hidup tiada ingat akan mati,
Bersukaria sepanjang hari,
Hanya harta dapatkan diri,
Tiga lapis kain kafan saja Ia beri.

Jalan HAKIKAT bukan kepalang,
Jalan disuluh semuanya TERANG,
Jikalau hati syak dan waham,
CAHAYA yang terang menjadi kelam.

Wahai sekalian saudara-saudaraku,
Jalan HAKIKAT demikianlah itu,
Jikalau boleh pintalah selalu,
Jangan BINASA sifatmu itu.

Hati yg MUKMIN SUCI & IKHLAS,
Laksana AIR di dalam GELAS,
Cuci hatimu seperti kapas,
MAKRIFAH kita barulah JELAS.

SYARIAT itu martabatnya tinggi,
Yg dipakai oleh Sayyidina Ali,
Barangsiapa dpt asalnya jadi,
Yg bergantung tiada bertali.

Syariat TARIQAT terlalu mulia,
Itulah pakaian Wali Ambiyya,
Barangsiapa dapat asalnya,
Bolehlah mbawa badan dan nyawa.

Berhati hati tatkala berjalan,
Takut kaki terpijak duri,
Belajar baik baik jalan Ketuhanan,
JANGAN smpi BERTUHANKAN DIRI.

Baik baik menebang buluh,
Buluh ditebang di
kerat kerat,
Hati hati mengenal tubuh,
Didalam tubuh adanya sifat.