Kesusahan dihati janganlah kita turutkan sangat kerana ia akan menjadi penyakit jiwa. Dari susah hati pergi kepada sedih, dari sedih kepada derita dan sengsara, dari kecewa kepada berputus asa. Diwaktu itu kaya, pandai, jawatan tinggi, nama, glamour, berkuasa sudah tiada guna dan tiada membawa apa-apa erti. Orang yang seperti ini kalau ada serba sekali pun, gelap dunianya. Setengah mereka ada yang membunuh diri kerana kecewa dan putus asa. Mengapa dia kecewa sehingga putus asa? walhal segala keistimewaan telah dimilikinya?Ketahuilah memiliki keistimewaan dunia bukanlah segala-galanya sekalipun tidak salah mempunyainya. Kebahagiaannya bersifat sementara atau menipu daya malah berakhir dengan kekecewaan bila tidak sampai ke penghujungnya.Kebahagiaan bersama Tuhan adalah bersifat hakiki, sejati dan kekal abadi. Allah adalah segala-galanya. Jika keistimewaan dunia tidak dapat apa-apa pun tidak mengapa. Tetapi jikalau kehilangan Tuhan segala-galanya tidak membawa apa-apa erti. Namun jika kita dapat kedua-duanya yakni Allah dan dunia maka ia akan menambahkan bahagia. Bahagia dengan Tuhan tidak cukup yakin dan percaya sahaja, bahagia dengan Tuhan adalah “kenalilah Dia” kemudian terus takut dan cinta. Kemudian yakin pula dengan peranan Tuhan, apa-apa yang dilakukan-Nya kepada kita adalah tidak sia-sia.Apa yang Tuhan lakukan kepada kita samada zahirnya nampak negatif atau positif ada hikmah dan pengajarannya. Maha Suci Allah dari menganiaya. Kalau pandai menerimanya di situ ada kebahagiaan. Jika faham apa maksud Tuhan yang melakukannya kepada kita, kita redha dan jiwa akan tenang.......
Thursday, 14 December 2017
Tuhan Dan Dunia
Monday, 20 November 2017
Kepada Siapakah Kemarahan Kita ?

“Barangsiapa merasai semua musibah dan takdir yg dialami adalah DATANG DARI ALLAH, dia merasai bergerak dan diam dia BERSAMA ALLAH, dan hidup, ibadat, kerja dan pergorbanan UNTUK ALLAH maka tenang dn tenteramlah HATInya walau sejuta musibah dan masalah yang timbul dlm kehidupannya...”.
Benarlah firman Allah untuk mereka yg jiwa tenang dgn ujian dan takdir Allah;
“Wahai mereka yang berjiwa mutmainah(tenang), kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan (kamu) redha dan diredhai (Tuhan), maka masuklah kamu ke dalam golongan hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu.” (Al-Fajr:27-30)
Begitu juga apa yang telah berlaku dan akan berlaku, semua itu adalah milik dan dalam pengetahuan Allah swt. Adapun kita hanya diberikan sedikit qudrat dan iradat (diperkuasakan dan diperkehendakan) untuk berusaha dan berikhtiar menjalankan segala syariat dan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Namun perlu kita fahami bahawa usaha dan ikhtiar kita sedikit pun tidak memberi bekas atau kesan. Yang menjadikan dan yang menentukan atau yang memberi bekas hanyalah Allah swt. Mudah-mudahan usaha,ikhtiar dan cita-cita kita selari dan sejalan dengan takdir yang telah ditetapkan kepada kita.
Wallahu'alam
Friday, 7 July 2017
Dialah Tuhan...
Seorang hamba tidak boleh menerima pencipta-Nya juga dicipta. Jika Dia dicipta, dimanakah sifat kehebatan-Nya sebagai Tuhan dan apakah beza kewujudan-Nya dengan hamba-Nya. Sebelum huruf-huruf yang lain dihadapannya, adanya huruf alif dan sebelum huruf alif ia bermula dengan titik dan titik tiada permulaan.
Sunday, 11 June 2017
Sifat sifat Allah
Justeru itu wahai diriku dan hamba-hamba-Nya, bertakwalah kepada-Nya dan terimalah bahawa Dia adalah Tuhan yang memiliki segala sifat yang kaya, dan akal tidak mampu pergi lebih jauh untuk membahaskan sifat Kaya Tuhan, sebagaimana kata Saidina Abu Bakar: “Lemah dari segala pendapat itulah pendapat”.
Tuesday, 11 April 2017
9 sifat iftiqar diri-Nya
Dirimu dengan Diri-Nyatidak pernah bercerai walaupun satu saat. Setiap degupan jantungmu, setiap hembusan nafasmu, setiap pandanganmu, setiap pendengaranmu, setiap gerak hatimu, setiap ilmumu adalah dibawah takluk diri-Nya. Dia Tuhan yang mencipta kamu, Dia adalah Rabb yang sentiasa memelihara, Dia tidak mengantuk atau tidur, Dia sentiasa mengawasi dan memerhati hamba-Nya. Tidak bergerak dirimu melainkan dari gerak-Nya, tiada melihat kamu melainkan dari melihat-Nya, tiada mendengar kamu melainkan dari pendengaran-Nya, tiada berilmu kamu melainkan dari ilmu-Nya.
Hakikat diri mu kosong (fakir), segala gerak dan fungsi jasadmu adalah dari gerak dan sifat ruh, dan segala gerak dan sifat pada ruhmu adalah dari Tuhanmu. Begitulah Dia amat hampir dengan hamba-Nya yang Dia sentiasa bersama dalam segala kelakuan hamba-Nya.
Firman-Nya :
“Dan Dia bersama kamu di mana kamu berada.” (Al-Hadid : 4)
Dirimu dengan Tuhanmu tidak pernah berpisah tetapi sifat dirimu tidak bersatu dengan Tuhanmu. Engkau hanya menyatakan wujud dan sifat-Nya tetapi bukannya diri-Nya sebagaimana berlakunya salah faham dikalangan pencari dan pencinta diri-Nya.
Mereka tidak faham terdapatnya mufaraqah (garis pemisah) yang amat halus di antara sifatmu dengan sifat Tuhan. (Bandingannya) bagaikan air laut dengan air sungai yang bertemu di muara, ia bersatu pada penglihatan tetapi berpisah pada hakikat.
Dalam kitab Kasyaful Asrar diterangkan dengan kiasan asap dengan api. Apabila kita melihat asap di udara, dengan sendirinya kita mengatakan bahawa adanya api. Ini disebabkan asap dengan api tidaklah berpisah tetapi kedua unsur ini tidak bersatu. Asap tetap asap, api tetap api. Begitu juga cahaya dengan lampu, cahaya keluar dari lampu tetapi lampu bukannya cahaya dan cahaya bukannya lampu. Bersatu bukannya bermakna dirimu asal Tuhanmu, kamu adalah baharu dan Dia qadim. Ruh dan segala sifat yang dimiliki adalah baharu, ia dicipta oleh-Nya namun dirimu tidak berpisah dari segala apa yang kamu miliki, atau perbuatan kamu melainkan dari izin-Nya.
Firman-Nya yang bermaksud:
“Aku yang menjadikan kamu dan segala perbuatan kamu”.
(As-Shafaat : 96)
Tiada boleh kita melihat, mendengar, bercakap, berilmu, berkuasa, berkehendak, hidup melainkan dengan diri-Nya. Insan memerlukan 9 sifat iftiqar diri-Nya untuk hidup di alam ini iaitu Kudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Qadirun, Maridun, ‘Alimun, Hayyun, Wahdaniah. Segala sifat yang ada pada kita adalah baharu kerana sifat qadim tidak layak berada di tempat yang baharu iaitu alam ini, namun segala sifat dan kehidupan kita ini berada dibawah takluk kudrat, iradah dan ilmu-Nya. Ia takluk dalam sifat wahdaniah iaitu Tuhan yang satu.
Sunday, 26 March 2017
Seketul Daging
Apabila kita melihat dua pihak berperang, masing-masing mengunakan pelbagai senjata yang memuntahkan peluru yang saling berbunuhan. Yang sebenarnya kita sedang menyaksikan sifat mazmumah yang bersarang di dalam hati kedua-dua pihak dizahiran melalui senjata.
Apabila kita mendengar dua orang sedang berkrisis, bermusuhan, bertelagah, bertengkar, saling membenci, tuduh menuduh, caci memaki, sumpah seranah, mengumpat, mengadu domba, mengutuk, kita hakikatnya sedang melihat kedua-dua pihak itu saling memuntahkan sifat mazmumah dari hati masing-masing melalui lidahnya.
Apabila kita dipaparkan berita tentang perogolan, seks luar nikah, pergaulan bebas, sebenarnya kita sedang membaca berita mengenai hati manusia sudah dikuasai nafsu dan syaitan.
Apabila kita melihat manusia yang rakus, tamak haloba sehingga sanggup merompak, mencuri, menyamun, menipu, rasuah, menyeleweng, salah guna kuasa, kita hakikatnya menyaksikan manusia yang hatinya cinta dunia.
Boleh disimpulkan ialah apa jua bentuk gejala negatif, sikap buruk, perbuatan keji dan mungkar adalah berpunca dari hati.
Begitulah sebaliknya, segala sifat positif, mencintai kebaikan, saling berkasih sayang, banyak berbuat kebajikan dan berbakti, inginkan kemajuan, idamkan kesejahteraan dan keharmonian, semuanya datang dari hati yang subur dengan sifat-sifat mahmudah.
Allah perintahkan manusia takut kepada-Nya. Kerana apabila manusia takut kepada Allah, manusia akan menjadi baik. Apabila manusia menjadi baik, bukan Allah yang untung, tetapi faedah dan manfaat dari kebaikan manusia itu akan kembali kepada manusia itu sendiri. Kehidupan manusia menjadi aman damai, tenteram dan harmoni.
Allah perintahkan manusia cinta kepada-Nya. Kerana apabila manusia mencintai Allah, manusia akan berkasih sayang sesama sendiri. Apabila manusia berkasih sayang, bukan Allah yang untung tetapi manusia itu sendiri yang mendapat manfaatnya. Manusia akan bersatu padu, tolong menolong, bela membela dan saling mengenang budi dan jasa antara satu sama lain.
Dunia hari ini bingung dan celaru dalam menghadapi berbagai masalah dan krisis kemanusiaan. Golongan yang bermasalah tidak tahu mengatasi dan menyelesaikan masalah dan tidak tahu di mana tempat mengadu. Pihak yang berusaha mengatasi dan menyelesaikan masalah juga dalam kebingungan kerana setelah dicuba dan dilaksanakan ternyata gagal malah masalah bukan semakin berkurang tetapi semakin bertambah dan merebak. Lebih memeningkan ialah timbul masalah dan gejala baru.
Bukan sedikit tenaga, masa, duit, dan idea yang dikorbankan untuk mencari jalan penyelesaian. Pelbagai kajian dan analisis telah dibuat namun ia tidak menampakkan hasil.
Marilah kita mengambil iktibar dan pengajaran “Mengapa Rasulullah SAW mengambil masa 13 tahun memperjuangkan Allah yang satu berbanding hanya 10 tahun memperjuangkan syariat yang beribu”. Sebabnya ialah agar manusia kenal Allah (makrifatuLlah), mengagungkan Allah, membesarkan dan mengutamakan Allah. Merasai takut dan cinta kepada Allah swt. Agar menjadikan Allah swt segala-galanya dan sekaligus sebagai “matlamat”. Apabila ini dimiliki oleh manusia maka manusia akan menjadi beriman dan bertaqwa yang mana natijahnya Allah akan menolong, Allah akan membantu untuk kecemerlangan, kemenangan dan kejayaan dalam semua aspek kehidupan. Inilah ubat dan jawapan kepada persoalan manusia. Bahkan inilah faktor yang membawa kepada kegemilangan umat terdahulu yang telah dipaparkan dalam sejarah. Sejarah boleh menjadikan kita panduan.
Di sini barulah disedari bahawa amat penting manusia ciptaan Allah ini kembali kepada mengenal Allah, memahami kerja Allah, memiliki rasa ubudiyah (kehambaan) dan rasa berTuhan. Kerana dengan cara ini sahaja sesuatu masalah dan krisis itu dapat di atasi secara tuntas. Bukan setakat itu sahaja bahkan manusia akan lebih berjaya, cemerlang, bahagia, selamat dan harmoni dalam segala aspek kehidupan. Lebih-lebih lagi sejahtera di akhirat yang kekal abadi.
Thursday, 2 March 2017
Alangkah Bahagianya~
Alangkah bahagianya
sekiranya degupan jantung, keluar masuk nafas , kerdipan mata ini
dalam ingatan kepada Allah swt….
Tidaklah diri menjadi hidup yang sia-sia…
Namun…….
Diri ini tetap lalai dan leka
Dengan hiburan Makhluk
Diri ini tetap terpedaya
Dengan permainan Dunia
Diri ini tetap tertipu
Dengan keinginan Nafsu
Diri ini tetap terpengaruh
Dengan gurauan Syaitan
Alangkah ruginya
Alangkah butanya
Alangkah pekaknya
Alangkah terkelirunya dirimu ini……..
Ketahuilah...
Rasul Allah saw telah menunjukkan jalan
Sahabat dan tabi’I dan tabi’in telah membentangkan jalan
Ulama’ dan guru-guru telah mengajar dan memimpin…
Kenapa diri ini masih mengikuti rentak Makhluk, Dunia, Nafsu dan Syaitan?
Adakah kelemahan diri ini?
Ya benar! Dirimu memang benar dalam kelemahan…
Kamu diperkuatkan dan kamu diperkehendakkan..
Perbuatan kamu adalah datang dari yang mencipta dirimu
Tetapi dirimu diberi pilihan oleh Tuhanmu
Pilihanmu itu dalam Qudrat dan Iradah Tuhanmu
Berdoalah kamu, muhasabahkanlah dirimu,
Berhajatlah kamu kepada-Nya yang ISTAGHNA (KEKAYAAN Allah)
Kerana wajib dirimu tahu bahawa kamu bersifat IFTIQAR ( berhajat, berkehendak sekalian makhluk kepada Allah)
Mudah-mudahan dengan karamah para ulama dan guru-guru serta para auliya
Dan berkat Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Pilihan diri ini di atas kehendak dan redha-MU. Aamiin.