KENAPA KITA BERZIKIR
Sahabat-sahabat ku yang dikasihi yang sentiasa aku ingati walau selalu dilupai dan ada jua yang membenci ku, sesungguhnya tiada apa yang ku simpan dihati walau sedikit pun dihati, walaupun hati ini luka terguris kerana sentiasa suka bersangka-sangka kepada ku.
Apalah gunanya jika kita mempelajari berbagai-bagai ilmu, berbagai2 zikir, sampai bermakrifat hingga kenal akan tuhan tetapi masih berburuk sangka.
Ketahuilah bahawa senya zikir-zikir yang kita pelajari ini hanya semata-mata untuk menuju pembersihan diri, pembersihan hati untuk membantu mendapatkan Tauhid dan iman yang benar didalam hati terhadap Allah swt.
Kerana jalan zikir ini membantu kita untuk mendapat KETETAPAN, KEBENARAN DAN KESUNGGUHAN terhadap ZAT yang menjadikan sekelian makhluk dan sekelian alam ciptaanNya.
Tiada kata lain selain
"LA ILAHA ILALLAH MUHAMMAD DARASULULLAH".
KENAPA KITA ZIKIR DAN APA SEBENARNYA KEDUDUKAN ZIKIR ITU.
Zikir La ilaha ilallah - ( Zikir Syariat ).
Zikir ini biasa dibawa dengan keras suaranya untuk MENETAPKAN hati.
Membawa tumpuan hati, memahat hati, merobohkan istana iblis yang bertahta dihati yang kotor.
Menafikan selain-Nya dan mengisbatkan akan Allah swt.
Ini dipanggil ketetapan.
Mahu menetapkan dihati kita hanya - Qulhu Allahu Ahad.
(Hanya Engkau ya Allah Tuhan yang Esa).
Zikir Allah. - ( Zikir Tarekat ).
Zikir ini sedikit keras, kerana hendak MENETAPKAN SETETAP - TETAPNYA dihati dengan jalan MEMBENARKAN NYA di hati ini.
Semoga dihati kita ini hanya memohon pada yang SATU. - Allahu somad.
( Hanya Engkaulah ya Allah tempat aku bergantung dan meminta pertolongan ).
Zikir Allah Hu. - ( Zikir Hakikat )
Zikir ini lembut, kerana zikir ini dibawa dengan rasa hati yang punya perasaan, rasa hati naluri, rasa hati yang menjiwai, rasa kehambaan yang BERSUNGGUH-SUNGGUH didepan ROBBNYA..
Lamyalid walamyulad.
( Kerana kasih kepada Allah yang satu, yang tiada dua, bukan beranak ataupun diperanakan ).
Zikir ALLAH HU-HU,HU - ( Zikir Makrifat )
Tiada huruf dan tiada bersuara.
Zikir ini cukup halus,kerana zikir ini dipanggil zikir penyerahan diri, berserah tunggak kepada Allah swt.
Pengakuan dari dalam lubuk hati yang tidak mampu berkata-kata yang hanya diketahui oleh yang Maha Tahu iaitu ALLAH AZZAWAJALLA..
Kenapa zikir makrifat ini dikatakan zikir rahsia ?
Kenapa zikir ini dipanggil zikir yang tiada huruf dan tiada bersuara ?
Sebabnya..
Walam yakul lahu kufuan ahad.
( Kerana Allah tiada boleh diumpamakan dengan sesuatu )
Laisa kamislihi syaiun.
Hakikat kepada ke empat-empat zikir-zikir ini sebenarnya adalah pecahan dari surah Al'Ikhlas.
Sebab itu surah Al'Ikhlas ini dipanggil surah tauhidkan Allah swt.
Dari itu dalamilah Al'Ikhlas kerana Al'Ikhlas ini jalan kesempurnaan iman dan Tauhid.
Zikir dan surah Al'Ikhlas ini jika dihalusi, difahami maka
ianya adalah jalan ;
SEMPURNA DAN MENYEMPURNAKAN
No comments:
Post a Comment